myspace



February 23, 2004

Kematian Sayidina Othman bin Affan r.a (Pada Tahun 35 Hijrah)

Setelah keadaan krisis menjadi bertambah genting dan mencemaskan rentetan dari tindakan golongan pemberontak yang mengepung rumah Sayidina Othman bin Affan r.a selama 40 hari, terdengar berita yang menyatakan tentang ketibaan pasukan tentera untuk membantu melindungi Khalifah yang sedang terkepung. Berita tersebut menyebabkan para pemberontak merasa ketakutan, lalu mereka cepat-cepat menyerbu masuk ke rumah Khalifah kemudian membunuhnya pada malam 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah. Zaman pemerintahan beliau berterusan selama 12 tahun. Semoga Allah meredainya dan menjadikannya reda.

Sayidina Othman bin Affan r.a dilahirkan pada tahun 47 sebelum hijrah. Beliau memeluk Islam kemudian mengahwini Saidatina Ruqiyyah, puteri Nabi s.a.w. Selepas Saidatina Ruqiyyah meninggal dunia, beliau berkahwin pula dengan Saidatina Ummi Kalthum, juga puteri Nabi s.a.w. Selepas Saidatina Ummi Kalthum juga meninggal dunia, beliau berkahwin pula dengan Saidatina Na'ilah.

Beliau terkenal dengan cintanya yang sangat mendalam kepada Islam dan beliau sentiasa berpuasa secara berterusan serta sering membelanjakan harta demi untuk mengembangkan agama Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors