myspace



February 24, 2004

Kisah lelaki tua diminta berenang.

Al-Baihaqi mengeluarkan dari Zaid bin Wahb,katanya,
Umar r.a keluar dan kedua tangannya pada telingahnya,
sambil berkata, "Wahai mereka yang memanggilku!"

Manusia bertanya,"kenapa dengan Umar?"

Kata Zaid,"Datang kepada nya utusan dari sebahagian gabenornya,bahawa sebatang sungai menghalang mereka dari merentasinya,sedangkan tiada didapati perahu."

Lalu ketua mereka berkata,"Carikan kepada kami seorang lelaki yg tahu berenang."

Lalu dibawa datang seorang lelaki tua,ia berkata,"Aku takut sejuk,"
dan ketika itu musim sejuk.

Ia dipaksa lalu mereka memasukkan lelaki itu kedalam sungai.Kesejukkan menyebabkan ia merasa tidak tahan,lalu
berteriak: "Ya Umar !" lalu ia tenggelam.

Umar menulis surat kepada pegawainya itu,lalu ia mengadap.Beliau duduk beberapa hari tanpa dihirau oleh Umar,ia kekal beberapa hari hingga akhirnya Umar berkata,"Apa yang berlaku kepada lelaki yang
engkau bunuh?"

Pegawainya berkata, "Wahai Amirul Mukminin.Aku tidak sengaja melakukannya.Kami tidak dapat sesuatu untuk menyeberang sungai.
Dan kami ingin mengetahui cara berenang,lalu kami buat sekian-sekian....."

Jawab Umar:
Sesungguhnya seorang lelaki muslim terlebih kasih kepada ku dari apa yang engkau bawakan kepada ku.kalau tidak kerana sunnah
(yang melarang dari membunuh mu)nescaya aku pancung leher mu.
Berikan diat kepada keluarganya.Keluar dan aku tidak mahu melihatmu."

(kehidupan para sahabat,Al-Kandahlawi 2/97-98)

Ulasan: Harga diri seorang muslim cukup tinggi nilainya
disisi Islam berbanding yang lain sekali pun seorang
lelaki tua yang tidak berdaya.

wasalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors