myspace



February 29, 2004

NOTHING MUCH...



Asalamualaikum.....ermm.dah 2 hari tak menulis dalam blog ni..Takde idea nak tulis apa.Sabtu @Ahad ni tak keluar bilik pun..hehehe..Ada setengah orang kalau tak keluar bilik rasa tensionlah, rasa boring lah, tapi aku rasa lagi best duk kat bilik..Yelah kalau keluar pun sorang, bukan ada couple kawan nak keluar skali. Kalau aku keluar pun just bila stok makanan dh abis ataupun nak gi Oita[ dah jadi cam kampung sendiri je Oita tu]...hehehe.
Isnin ngan Selasa ni aku ada lagi 5 paper for final exam...Tapi nak kata duk bilik 2 hari ni mengadap buku je,tak jugak. semalam[Sabtu] aku sibuk menghabiskan masa mengadap pc aku jer. Blajar command-command yang aku tak tau lagi pasal blog ni.thanks to kak anisah and abg Tasmim ingat nak keluar jap semalam.Nak gi cari omiyage[sourvenir] utk bawak balik mesia. Tapi tetiba lak semalam cuaca tak elok. Suhu pun turun giler. So, tak jadi lah aku nak keluar.Ish.. lagi seminggu nak balik mesia ni, tapi omiyage satu apa pun tak beli lagi. barang pun tak start packing lagi.. cam takde rupa org nak balik pun aku ni..
Lagi satu aku nak citer, semalam rupanya result SPM keluar. Adik aku yg second baru abis SPM. So, semalam aku called lah rumah nak tanya result dia camner. Ermm.. Tak tau nak katalah.. nak kata teruk sgt tu tak lak jugak. Tapi bg ayahanda aku, quite unimpressive lah jugak kot. Tapi ibunda aku cakap adik aku tu maintain buat muka slamber jer. Tapi aku tau dia tgh sedih. Cuma dia memang jenis orang yang muka slamber 24 jam. Aku tanya adik aku tu, apa reaction ayahanda aku bila tau dia punya result. Dia kata ayahanda aku diam jer. Aku tanya, tak kena marah ker? Dia kata tak pun. Aik? Aku jadi hairan gak. Yelah mana taknya. Ayahanda aku ni pasal study memang kibishi[strict] skit. Aku ingat lagi, aku first time dpt no.28 masa standard 4 dulu. Aku kena denda. Setiap malam sebelum tidur kena hafal sifir 2 sampai 12 depan dia. Selagi tak lancar, tak bley tido..ish..ish..hehehe. Tapi okagede aku bley lancar sifir 2 sampai 12 masa standard 4.hehehe... Berbalik pada citer adik aku tu, dahlah ibunda aku kata dia slamber je, siap bergayut jer kt telephone sampai ke malam. patutlah engaged je time aku call...ches..hehehe.. macam aku cakap tadi, adik aku tu mmg jenis slamber punya org. Beza umur aku ngan dia 3 thn. Ramai org cakap adik aku ni nampak garang skit. Masa sesama sek.men.dulu[kitorg lain2 sek] dia nampak cam kakak aku,sebab garang.hehe..aku geram gak masa tu..maner bley dia jadi kakak aku..hehehe.. act. kitorg adik -beradik pun tak bahasakan diri kakak atau adik. just panggil nama atau ber 'aku' 'engkau' jer.even aku ngan adik aku yang bongsu [skang baru masuk standard 1]. Kekadang adik-adik aku slamber je marah aku..hehehe.. Tapi bila aku start marah, tak siapa pun berani melawan..hehehe.. time aku naik angin garang, ibunda aku pun kalah..hehehe..oklah.nanti kalau ada masa, aku citer pasal family aku one by one plak.hehehe..
Lagi satu aku nak citer pasal abg Din . Semalam aku melawat blog dia. Sedey gak entry dia kali ni. Act. abg Din nak sotsugyou[grad] dah . Aku kenal dia masa aku mula-mula ikut USI[Usrah Setempat IPIJ] kt Ibaraki.Masa tu kenal dia sebagai seorang sempai yang dah menunai kan fardhu haji dalam usia yang muda..dalam hati aku ckp "tsugoina[hebatnya]..abg Din ni". Pastu,slalu gak terserempak dgn dia masa dia dtg jumpa boyz ISI kt Tokyo dulu. Tapi lepas WG2003[winter gathering] bulan 12 ari tu, aku kenal lah jugak pasal dia. Memula igt abg Din ni garang giler.. Yelah tgk muka dia..garang..kowaiyo..hehehe.. Tapi bila chatting kt ym, rupanya dia ni ok jer. Masa chatting, dia byk tanya aku, apa yang aku faham pasal konsep islam dan seumpamanya. Lepas aku start ada blog sendri ni, dia bg comment pasal blog aku. Arigatoune Abg Din..hehehe...
oklah..lain kali lah plak aku berceloteh lagi blm blog aku ni..Seperti biasa permintaan aku, doakan aku tenang dan mudah utk jawab exam yek..amin

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

der Unsinn welcher jenes cialis rezeptfrei apotheke levitra preisvergleich [url=http//t7-isis.org]levitra generika preisvergleich[/url]

9:32 AM  

Post a Comment

<< Home


Cursors