myspace



June 14, 2004

Bagaimana menghilangkan rasa marah

Assalamualaikum...

ermm...saikin[lately]ni kimochi[perasaan] aku asyik kucar-kacir jer..rasa nak marah x bertempat. Tapi xtau aper sebab nak marah..So, xleh lah nak luahkan perasaan ni..Memang aku try wat mcm2 utk redakan perasaan ni. Tapi... ermm.. ntahlah.. Nak kata aku mukatsuku[menyampah] kat org,takdelah pulak.Org sekeliling aku pun saikin bebaik jer.
Agaknyer sebab nak masuk natsu[summer] kot. Act. Aku ni mmg nigate[lemah] skit ngan natsu ni. Tak tau naper, tapi biler natsu jer, aku cepat demam la, xsihat la, pastu nak marah la.. segala macam ujian datang.. lagi2 tension tu, aku rasa cam serabai sesangat. Even org tgk aku biasa jer, aku rasa cam serba x kena.. ermm, astaghfirullah..
Ader makcik tu kata, maybe sbb aku ni fuyuko[budak winter] sbb aku lahir bulan 11. Entahla, tapi mmg kalau fuyu[winter] tu, aku nyer kimochi ok jer.. pastu aku bley sihat walafiat even org teruk kena influenza[flu]. hehehe.. kesimpulannya, mmg aku ni nigate kt panas kot..hehhe..
Ermm.. sebab takut terlepas marah kat org yang xbersalah, aku try gak surf kt internet kalau2 ader cara nak ilangkan marah aku ni. Alhamdulillah..jumpe aku satu article pasal bagaimana nak ilangkan marah.. Sbb aku rasa better share ngan org lain skali,aku letak lah jadi entry aku kali ni.Hopefully sesaper yg tgh xbtul macam aku ni,dpt manfaat skali dari article ni..hehehe...insyaAllah..
Baca yek...bukakan hati..luaskan minda...insyaAllah..

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
:

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan
hati

dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".


Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu

melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu

pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi

yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu
diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu
jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan
kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan

tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku

bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim
"
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian

itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada
padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan

ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa
"ketuanan"

kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah
ialah
:

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita

daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya

lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan

yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan

api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah

tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada

tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan

kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

+ + + + + + + + + +

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan
mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar
akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah

tidak dapat dikawal.

+ + + + + + + + + + +


Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan
itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum
dia menjalar,tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana
wap, memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak
sanggup

berfikir.Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang,akal
tertutup,fikir tersentak,angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar
api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap
dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah..beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.


Wassalam


"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors