myspace



June 06, 2004

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rabiulakhir


Peperangan Hittin (583 Hijrah)




Pada bulan Rabiulakhir tahun 583 Hijrah bersamaan bulan Julai tahun 1187 Masihi, tentera Islam telah berkumpul di dalam membentuk serangan secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran dengan Tasik Tiberias di Palestine di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi manakala tentera musuh yang terdiri dari tentera Salib pula berkumpul di sebelah Barat Tasik Tiberias dan terus berada di sana pada malam tersebut. Pasukan tentera perisik dari angkatan tentera Islam telah berjaya mengikuti perjalanan tentera dan tempat-tempat perkhemahan mereka. Lalu angkatan tentera Salahuddin membuat kepungan terhadap tentera Salib pada waktu malam sehinggalah terbit cahaya pagi dan pada pagi tersebut memang ternyata berlaku peperangan yang sangat besar berhampiran dengan kampung Hittin di sebelah barat Tasik Tiberias dan di sebelah timur bandar Akko dan Haifa. Pada masa tersebut tentera Salib yang begitu ramai berjaya ditumpaskan kesemuanya di mana tentera Salib yang tinggal hanyalah seramai seratus lima puluh orang kemudian mereka semuanya dijadikan tawanan termasuk pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin mereka. Peperangan Hittin adalah merupakan mercu tanda kemenangan Islam yang sangat gemilang sejak zaman berzaman.


"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors