myspace



June 08, 2004

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rabiulakhir.....Pengasasan Kerajaan Umawiyah Di Andalusia (138 Hijrah)


Selepas kerajaan Umawi mengalami kekalahan di Syam, pemerintah kerajaan Umawi iaitu Abdul Rahman Ad-Dakhil masih lagi sempat melarikan diri dari Syam menuju ke Mesir kemudian ke Morocco Jauh. Setelah itu beliau menyeberangi laut untuk pergi ke Andalusia di dalam perjalanan yang sangat menakjubkan. Beliau mempunyai hubungan nasab yang sampai kepada Muawiyah bin Abi Sufian di mana nasab inilah merupakan sandaran beliau di dalam menentukan bahawa beliau berhak memegang teraju pemerintahan. Beliau dapat membentuk angkatan tentera yang kuat dengan bantuan beberapa kabilah Yaman yang berhijrah ke Andalusia sehinggalah beliau berjaya mengalahkan kabilah Mudhar yang berkuasa di Andalusia pada masa tersebut di dalam peperangan yang besar yang dinamakan Al-Musarrah pada tahun 138 Hijrah. Kejayaan ini membolehkan beliau memasuki Cordoba untuk memerintah Andalusia selama tiga puluh empat tahun di mana tahun-tahun ini merupakan tahun-tahun yang sangat agung bagi pemerintahan kerajaan Umawi di Andalusia.




"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors