myspace



June 26, 2004


Fahaman dan Penerapan Islam

Assalamualaikum...

Ermm.. dh 2@3 hari x jenguk bog ni.. bz skit.Dengan report la, Dgn program practical yg memerlukan aku utk memilih syarikat la, dengan ... ermm..ishh alasan xabis-abis la aku ni. x istiqamah langsung. Ni baru dugaan skit jer as student. blum lagi nanti dah keje, dah ada keluarga , camner lah agaknya yek..[ cam huru-hara jerk..hehehe].Tapi alhamdulillah, setakat ni sumer amanah yg di beri kan aku dpt laksana kan mengikut kemampuan aku. sempurna ke tidak tu.. wallahualam.

Act. baru abis usrah muslimat ni.tergerak plak nak jenguk blog kesayangan ni.
ari ni tajuk usrah muslimat kitorg adalah fahaman dakwah. Ari ni giliran kak anisah dan sya yg sampai kan usrah. Alhamdulillah sumernya berjalan lancar. cuma tenet jer yg x lancar. heheh..ramai gak yg terdc masa usrah td. Tapi syukur lah tenet aku yg slalu nyer sakit ni, tadi telah beraksi dgn cemerlang. langsung xdc. Alhamdulillah. cuma sian kt yg lain la.terpaksa connect byk kali. takpa2 sahabat semua.
"Sesungguhnya onak dan duri dugaan itu adalah pemanis dalam setiap perjuangan" - mawarputih.
Ermm cakap pasal fahaman islam ni, petang tadi ader org tegur aku kt skype.Slalunyer mmg aku wat dek jer. Yelah, xkenal sesedap jer nak call org.hehehe.. Tapi bila dia tulis msg kt aku, aku pun tergerak nak balas. Igt nak suh dia berenti. Tapi tah camner bley chat lama plak. Sebenarnya akhi tu dr kl dan rupanya rumah dia dekat ngan rumah aku di Cheras..Kecik jer dunia ni rupa nya..hehhe..borak punya borak, debat punya debat, terkeluar citer rupanya dia ni student kt salah satu SMKA yg glemer kt Kelantan. Ayak.. aku berdebat ngan org berisi rupanya. Tapi xpelah, sekadar nak asah minda ye tak..hehhe..
Ermm.. perbualan kitorg berkisar pasal politic dan keadaan di mesia serta membandingkan jalan dakwah antara kt mesia dgn kt sini. Ermm.. mmg kalau di perhatikan pun, makin lama makin sempit jalan dakwah kt mesia. Mana taknya, dalang-dalang yg menyekat tu adakalanya org islam sendri yang hanya islam pada nama tapi xamal kan. Bila org lain cuba Terapkan amalan islam ni, mula la dia yang rasa panas. Dah tu kalau xikut tu, bukan nyer nak duk diam2, nak gi kacau plak dakwah org..geram aku. Bila kami[aku dan akhi td tu] borak2, kami akui nak terap kan islam pada org islam yg x amalkan budaya hidup ala islam ni lagi susah dari nak mengajak org bukan islam mengikut islam [ hanyalah sekadar pandangan].Ntahlah... Tapi kekadang aku bersyukur gak dpt dtg sini.Yalah kalau aku still kt mesia,ntah dpt tak aku nur kesedaran cam ni. Mana taknya, kalau kt mesia, keliling mmg org islam, tp mcm2 jenis ada. Silap2 mau terjerumus [nauzubillah]. Tapi bila aku kt sini, kira mcm pemerhati la bg keadaan yg berlaku kt mesia. Jadi sebagai pemerhati, kiter dpt bandingkan dan tgk aper yg elok dan x elok.
Pastu td, akhi tu ungkit pasal politic kt mesia. Act. aku bukan nyer arif sgt pasal politic2 ni. Tp ichiyou ianya telah menjadi perdebatan kitorg td. Aku kekadang terfikir gak. Naper kiter perlu byk parti politic? Xbley ker jadi satu semua parti? Kalau pun parti yg ada x btul atau dirasakan x btul,napa x diubah secara dalaman?yakni dgn cara syura atau perbincangan. Kenapa kiter org islam yang jadi majority kena ikut telunjuk pendatang dan bangsa minority kt mesia? Tu yang aku x faham. Dah nama negara kita pun asal nya TANAH MELAYU , Islam pun agama rasmi kt mesia, buat la berdasarkan apa yg kiter rasa sesuai dgn kehendak kita.bukan nya berdasarkan permintaan pihak lain yg dlm masa yg sama, tanpa disedari cuba jatuh kan kita. Kenapa baginda Rasulullah boleh gunakan pimpinan berdasarkan hukum islam walau pada masa tu penduduk kt tanah arab terdiri dgn pelbagai bangsa?Rasanya xperlu la byk2 parti kalau boleh, cukup dgn satu parti yang terdiri dari pihak pemerhati yg boleh beri pendapat dan pihak pelaksana yg boleh melaksanakan urusan.
ermm.. ntahlah.. mungkin org kata aku ni ckp jer lebey,tapi tu lah yg slalu timbul kt fikiran aku.
Pastu lagi satu, timbul plak pasal isu islam hadhari skang ni. Memang xsalah nya islam hadhari tu. Yang xkena skit tu ialah kalau perlaksanaan amalan islam tu di laksanakan secara sekerat jalan. Kalau kiter sampai kering anak tekak dok war-war kan pasal islam hadhari yg didakwa memenuhi tuntutan umat islam zaman skang, tapi perlaksanaan hanyalah pada dasar xguna jugak. Nanti balik2 org bukan islam yang memperkotak katik kan agama kiter balik. Akan kata yg umat kita ni sbg org yg cakap x serupa bikin dll.

Ra' ad ayat 11, maksudnya- ' Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.'

Selain tu jugak,Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah 'alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbi.

Lagi satu, kenapalah kita nak ubah nama islam tu pada islam hadhari kalau sebenarnya matlamat atau tujuan perjuangan adalah sama? Kenapa kita x guna ISLAM jer? xdelah pening org2 kt mesia tu. Kalau pun kiter menejar arus permodenan, jangan lah sampai agama pun nak di moden kan. Sbb terang-terang dah dinyatakan bahawa islam adalah agama yang mengikut peredaran tanpa perlu perubahan.cuma yang kita perlu buat, selaras kan aper yg dah dinyatakan dgn keadaan skarang ni. maksudnya, laksanakan ikut kesesuaian.Tapi harus igt, laksana ikut kesesuaian bukan menolak apa yg dirasakan x sesuai. kerana xada pun amalan dalam islam yang xsesuai utk diamal kan dlm amalan hidup kita. kalau pun rasa berat, still boleh di adjust kerana islam bukan agama yg menyusahkan, malahan menyenangkan.
Ermm.. ntahlah. Aku ni pun still belajar lagi tentang semua benda ni. Aku akui aku bukan nya arif sgt pun dlm bab2 ni. Cuma sekadar berdasarkan pembacaan , pemerhatian dan pertanyaan pada org yg arif jer.
InsyaAllah, mohon lah pada-Nya semoga dipermudahkan jalan dakwah kita.Semoga sentiasa berada di bawah lindungan payung rahmat-Nya. Semoga ditetapkan hati kita dalam Islam. Semoga di satukan hati kita semua kerana satu tujuan dan satu matlamat. Semoga ukhuwah yg kiter ikat adalah bersimpulkan ikatan islam yg padu. Amin..
Renung-renungkan lah. bukakan hati luas kan minda..insyaAllah..

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors