myspace



June 28, 2004


Gurau dan Canda Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum...

Ermm... act. tgh qk(break) jap dr wat report ni. Pening dan rasa nak mengalir air mata ni. Mana tak nya. Cuba bayang kan, esok aku kena hantar 3 report skali gus!!.. Ya Allah, dugaan aper la ni. Tapi sbb aku sedar bahawa Dugaan yg diturunkan oleh Allah ke atas setiap hamba nya adalah yg termampu untuk dipikul oleh hamba itu , maka aku pun kuat kan semangat.. Tak tau lah boleh tido ker x aku mlm ni. Mmg xde problem utk aku stay up memalam ni. Tapi bila igt lusa pun ader report yg nak kena hantar, aku jadi lemah semangat skit. Nampak nya kena berjaga 2 mlm berturut-turut dlm keadaan otak yg xde rest.Sian kt otak aku.hehehe.. Slalu igt nak tidu dlm sejam 2 lepas balik skolah. Tapi sbb aku susah tido siang, maka... xtau nak ckp..hehehe..
Ermm.. igt nak coret2 benda lain gak kt blog ari ni. Tapi sbb fikiran x tenang sgt, aku paste jer lah cerita Rasulullah s.a.w kali ni. Bukan nyer apa, takut plak terkeluar semua benda yg tgh mengganggu fikiran aku ni. hehhe.. kena pegang prinsip sendri.. berkongsilah kegembiraan yang anda ada dgn org di sekeliling, tapi sorokkan kesedihan yang anda ada demi menggembirakan org di sekeliling.. Bukan xnak kongsi, tp aku ni susah skit nak kongsi masalah ngan org. Ader lah sekerat 2 jer yg tau prob aku. Tu pun bukan tau semua.hehhe.. tunggu la. Xjumpe lagi 'teman seperjuangan' ..hehehe..
Oklah, makin lama nanti makin merepek aku ni.hehehe.. Renung-renung kanlah kisah di bawah ni.. Bukakan hati, luaskan minda...

+ + + + + + + + + + + + + + + +

Gurau dan Canda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bergaul dengan semua orang. Baginda s.a.w menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Rasulullah s.a.w. bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah s.a.w.. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta"."Ia tidak mampu".Para sahabat yang berada di situ berkata, "Bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah s.a.w. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "Kenapa kamu ini?". "Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah s.w.t. agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Tidakkah kamu membaca firman Allah s.w.t. ini:

"Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah s.a.w. suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

wassalam...


"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors