myspace



June 09, 2004

KITA JIWANG JAP...hehehe

dalam kesayuan ini,

hati ini terasa seperti ingin berlari,

lari meniti denai yang sunyi,

yang hanya dihiasi oleh onak yg mulus,

yang hanya bisa mencalarkan,

tanpa meninggalkan parut yang dalam.

Namun,

keresahan dan kegusaran yang bersarang,

seringkali mengheret hati ini kembali,

kembali meninjau ke sebuah daerah,

yang satu ketika dulu subur dalam siraman hujan rahmat,

namun kini dilanda gersang kemarau,

sebuah daerah yang menyimpan seribu kenangan yang tersurat,

sebuah daerah yang memiliki rahsia yang tersendiri,

sebuah daerah yang mengungkap seribu erti yang mendalam.

sejenak ku membungkam,

mengapa seringkali diperhidangkan daerah ini buat tatapan,

sedang hati ingin sekali menghindarinya,

mengapa seringkali jalanan yg dilalui,

menemui daerah ini dipenghujungnya..

ahh..aku semakin keliru,

larian hati ini sering gagal dalam matlamatnya,

sering tersungkur dalam langkahnya,

hingga ada kalanya,

aku bimbang,

andai nokhtah ditemui,

sebelum bersua destinasi impian,

andai teratak terpaksa didirikan di pertengahan haluan,

Sering aku terfikir,

mingkinkah akan tiba,

sang kemudi jalan,

yang akan menghulur tangan mengunjur bantuan,

menjayakan matlamat lari hati,

menjadi pautan tika tersungkur,

hanya doa yang mampu ku panjatkan,

dalam menanti kunjungan saat itu,

dalam menunggu tika bintang berada dalam genggaman...

mawarputih




"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors