myspace



June 17, 2004

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Assalamualaikum...
Ermm...dah 2 hari x tulis kt blog ni. Bukan nyer xde masa, tapi xde idea nak tulis aper. Act. exam aku dah abis. Mungkin sbb tu jugak lah semangat yg membara nak edit blog ni dah tinggal suam- suam kuku. xtaulah sampai biler plak semangat yg suam-suam kuku ni nak bertahan .. hehhe.. ishh .. x istiqamah btul la aku ni bila wat keje..hehhe
Ermm.. sebab rasa nak terus gak semangat yg tinggal suam2 kuku ni, gagahkan lah jugak jari-jemari aku mengorak tari atas papan kekunci ni [aiseh.. sastera lah plak].. hehehe.. mana tau skali ada enzyme yg muncul nak jadi pemangkin plak nnt [ haa.. baru nampak cam budak chem nyer ayat..] hehehe...
Kali ni nyer entry, aku nak share ngan korang pasal satu kisah yang menarik minat aku... Kisah yang berlaku apabila 3 benda yang pada biasanya xpunya makna yg besar, tapi bila direnungi, membawa bermacam firasat dan pendapat..
so, as usual, bukakan hati, lapang kan minda... setiap satu benda itu punya alasan untuk wujud.. dan mungkin kita adalah salah satu dari penyebabnya..

+ + + + + + + + +

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah s.w.t. berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Wassalam

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors