myspace



July 27, 2004

As-Syifaa' ilmuan wanita yang disukai Rasulullah

Assalamualaikum...

Ermm... arini kt jisshuu[practical] xbuat kejer sgt. Sebab hari hujan, so xbyk keja yg boleh dibuat..hehhehe..apa lah ayat berbelit-belit..tp,even x buat byk keje pun, still rasa penat.. bukan penat, daruii[x bermaya].. bukan aku sorang je... dak-dak lain pun camtu..agaknya sbb byk rehat kot..hehehe.. tp still aku kepenatan mengayuh beskal dr ryou[hostel] ker eki[train station] yg mengambil masa 30 min..dh lah beskal tu cam pancit jer skit...act. x tau dia pancit skit ke byk,tp agak kempis lah gak..dh 2@ 3 hari dh dia berkeadaan begitu..tp wat dek jer. tapi bila dia makin membuatkan kayuhan aku semakin sukar.. baru aku terhegeh-hegeh nak cari pump.. gi office igt nak minta pump, tp xde masa. yela.. aku kuar pagi kul 7..pastu balik sampai ryou kul 6.30.. maner le ada masa nak terserempak ngan diorg..tp lagi satu probnya, kalau ader pump tu pun, aku act. x tau camner nak pump beskal..hehehe... igt lagi tragedi beskal sempai kt oita[kak fuza] pancit. jd kami golongan wanita seramai 4 org ni [ aku, jaja, kak mila & kak fuza] pun dgn penuh macho lah gi ambik pump beskal kt kaikan kouhai[hostel junior]. Igt kan boleh berjaya sbb ader 2 jenis lagi pump tu..Sekali, perkara yang menakjubkan berlaku..tayar tu jd kempis sama skali..  mmg boleh di kira sbg getah tanpa angin..hehehe.. terer giler kitorg 'menyedut' angin tu..ish3..
Jadi, bila mengenangkan benda tu la aku xjadi nak gi pump tayar tu sendri.. kang bebaik dia pancit skit je, terus x leh jalan..naya gak cam tu..hehehe.. pape pun, esok ari last jisshuu aku.. doakan yek semua berjalan lancar..hehhe..
oklah, cam biasa, jom kiter share benda yang aku dpt dr tenet ni.. bukakan hati, luaskan minda...

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

As-Syifaa' ilmuan wanita yang disukai Rasulullah
Generasi hari ini adalah pemimpin hari esok.Remaja puteri khasnya bertanggungjawab mendidik generasi masa hadapan.Mahukah kita hidup dalam kejahilan yang gelap dan melucutkan martabat insan Muslim? Semua jawapannya ada dalam kemahuan kita.
Kedudukan wanita pada zaman jahiliyah telah sedia dimaklumi hina sehingga ditanam hidup-hidup sewaktu kecil.Kedatangan Islam membawa sejuta harapan yang meletakkan wanita di tempat yang mulia.
Seruan tauhid yang dibawa oleh Rasulullah tidak hanya disahut oleh para pria yang dahagakan kebenaran malah mendapat sambutan juga dari kalangan wanita-wanita yang rindukan pembelaan.Mengiringi sahutan peringkat awal Islam ini tidak terkecuali seorang wanita pintar yang merintis jalan intelektual buat muslimah sejagat.Dia memiliki akal fikiran yang cerdas disertai jiwa dan roh yang bersih serta sentiasa sedar terhadap kebenaran.Ditambah lagi dengan kemahirannya membaca,menulis dan kepakarannya mengubati badan dan jiwa yang tidak sihat.Peribadinya diperindahkan lagi dengan sifat kelembutan dan kematangan.Dialah As-Syifaa’ binti Abdullah bin Abdu Syams bin Khalaf Al-Quraisyiah.Pada waktu itu,memang sukar mencari wanita Arab yang terhimpun semua sifat demikian.Justeru itu, Rasulullah SAW memberi perhatian memartabatkan keistimewaan tersebut bagi menyuluh jalan keilmuan dikalangan wanita Islam.
As-Syifaa’ dijadikan idola ilmu yang memecahkan tradisi buta huruf dikalangan wanita yang awal memeluk Islam.Dia bukan sahaja bertugas sebagai tabib wanita,malah dia turut mengajar kaum muslimah menulis dan membaca.
Perjalanan hidup As-Syifaa’ tidak terkecuali dari peristiwa penting hijrah ke Madinah.Malahan,selepas menyertai hijrah ke Madinah,peranan As-Syifaa’ semakin menonjol sebagai suatu madrasah/pusat ilmu pelajaran bagi kaum wanita.Walaupun segala kepakaran As-Syifaa’ sentiasa menerima pengiktirafan dari Rasulullah meminta kepastian Rasulullah berkaitan tatacara pengubatannya agar tidak menyalahi ketentuan syarak.
Tumpuan kepakaran As-Syifaa’ tidak terbatas sebagai tabib wanita sahaja malahan,dia turut merawikan hadis-hadis Nabi SAW.Kekerapan dia berulang alik meminta bimbingan Rasulullah SAW disertai ketajaman akal fikirannya memudahkan dia menyimpan banyak sabda-sabda Rasulullah SAW serta menyampaikan kepada orang ramai dengan jelas.As-Syifaa’ telah Allah lanjutkan usianya ke zaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.Khalifah Umar sendiri meminta nasihat As-Syifaa’ serta memuliakan kedudukannya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.Akhirnya As-Syifaa’ kembali kerahmatullah pada tahun 20 Hijrah dengan meninggalkan kesan yang besar kepada perkembangan ilmu dikalangan muslimah.
Meskipun peristiwa kehidupan As-Syifaa’ telah lama berlalu.Namun,dia masih sesuai dijadikan idola ilmu pada hari ini.Marilah kita terapkan nilai-nilai murni ini di dalam kehidupan kita selaku remaja.Tambahan pula,usia muda kita miliki adalah masa yang subur menimba ilmu sebanyak yang mungkin bagi mentadbir maslahat hidup pada masa hadapan.Kecergasan fizikal dan ketajaman minda ketika usia muda ini merupakan modal yang paling besar yang membawa hasil lumayan.

 
Wassalam...
 
"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors