myspace



July 26, 2004

Muslimah Sejati

Assalamualaikum...
 
Ermm... arini ari ke-3 aku buat jisshuu[practical]..dan utk hari  ke-3 lah aku rasa letih sesangat..takpe2, lagi 2 hari jer.. lagi pun kalau xgi jisshuu , nak watpe lagi.. membuang masa ngan benda2 lagha lagi ader la..hehehe..
Balik td, sampai ryou[hostel]  dlm kul 6.30 ptg.. sampai jer,pastu kejar solat..[sib baik sempat...hehehe] pastu baru lah rehat jap sambil on pc..buka jer ym,ader offline msg dr sorang kawan..
"amy,ayah sahabat kiter meninggal td,kalau balik msg aku balik yek"...innalillahi wainnailahi roji`un...
aku speechless... blur jap..sesungguhnya ajal maut itu dtg nya dari DIA.  takde warning ker tanda ker apa ker..dia nak tarik terus tarik..jadi, kiter yang still idup ni kena bersedia untuk menghadapi perjalanan ke 'destinasi terakhir' tu..[byk lagi benda x cukup ni..ish3]
Pastu aku telek2 tenet jap.. yelah... kalau aku xtelek tenet ni,mesti tido punyer la dlm penat2 ni..tp tido 30 min jer..motainai[xberbaloi]..mana xnyer..tido pas waktu asar ni nnt, biler bgn mesti kimochi warui jer[serba x kena]...hehehe..dalam pada dok telek-telek tu, aku jumpe lah benda yg aku paste untuk entry aku kali ni..pasal 'MUSLIMAH SEJATI'... hehhe.. walau pun tau diri x sejati mana,tapi still nak share ngan org lain gak...
Oklah, baca yek kalau sudi..bukakan hati luaskan minda...insyaallah

+ + + + + + + + + + + + + + + +

MUSLIMAH SEJATI
 
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.
Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman.
 Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.
 Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.

WANITA YANG DIKASIHI

 Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
 
 WANITA SOLEHAH

 Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.
Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.
Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.

Wassalam...

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors