myspace



August 27, 2004

pokok semalu



Assalamualaikum wbt...

Ermm.. xtau aper aku buat sehari suntuk ni.. memang kefuturan berleluasa dlm diri ni.. mood nak mula jugyou[lecture] sampai skang x dtg2 lagi.. ari ni cuma kluar gi pos surat kt post office pastu gi bayar bil kat kombini[convinience store].. pastu gi beli barang dapur sesikit.. td sblm gi post office, sempat gi gakkou[skolah] jap.. sunyi jer.. ntahlah.. bila fikir2 balik, x sangka dah nak dekat setahun setengah kt sini.. hehehe...
Ermm... makin lama xtau nak tulis aper... td dapat forwarded email dari kawan.. tertarik dgn cerita kt bawah ni... sama2 lah kiter renungkan pengajaran di sebalik cerita ini yek... Kalau ader masa, baca lah yek... buka kan hati, lapang kan minda.. insyaAllah

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
Pokok semalu

Untuk renungan bersama....
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambilpengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat danmencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Wassalam....
"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors