myspace



August 02, 2004

Renungan bersama - mampukah aku?

Assalamualaikum...

Ermm... Arini pun sehari suntuk hujan turun..Act. pagi tadi panas jap..tapi jap jerla..berkira-kira gak nak kluar..Igt pas zohor nak gi beli barang..lepas jer zohor, dah start mendung.. cancel jela program nak kuar tu..hehehe..Ramai gak yang tanya aku, x bosan ker duk kt ryou[hostel] ni sengsorang... Ermm, kalau nak di ikutkan, mmg bosan tahap xleh nak cakap dah.. Tapi nak buat camner.. Bukan xleh gi jalan ker oita tu..tp kalau gi sana nnt nak patah balik plak nak bersiap ker program summer camp nnt.. igt nak gi kumamoto.. Tapi, sempai dai x cuti lagi..xnak lah kacau diorg plak..so, nak taknak aku blur kan diri duk bilik ni sengsorang...hehehe..Ala.. 'nnt' pun kiter sengsorang gak..hehehe..
Ermm..cam biasa ..sambil nak ilang kan boring,aku belek2 tenet.. pastu jumpe la poem/puisi ni.. Ermm.. best la gak rasanyer[ bagi aku la].. So, aku share jer la ngan korang..hehehe.. KAlau korang ader nak share pape kt blog aku ni, bgtau la.. InsyaAllah nnt aku carikan..oklah.. bukakan hati.. lapangkan minda ..insyaAllah..

+ + + + + + + + + + + + + + + + + +
Mampukah aku?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..."


Wassalam...

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors