myspace



August 27, 2004

wanita solehah



Assalamualaikum wbt....


Ermm... alhamdulillah, selamat gak aku sampai kousen[college] semalam.. Dan ini juga bermakna, sampai lah masa aku utk mengharungi dan menyambung kembali kehidupan seorang diri.. kekadang biler fikir2 balik kan..rasa hairan plak.. kenapakan kiter still rasa sabishii[lonely] even dah byk kali kiter ulang cuti pastu naik kelas balik.. ntahlah..hehehe...
Ermm... still xde idea nak tulis rentetan perjalanan program summer camp ari tu.. sbb terlalu byk kenangan manis .. terlalu indah kenangan yg terpahat sampai x terluah dek minda utk dicoret.. rasa cam nak letak video jer kt sini supaya sumer org tau betapa indahnya ukhuwwah yg terjalin sepanjang program tu.. hehehe.. tp insyaAllah.. kalau ada idea nnt aku tulis..
Ermm.. seperti biasa[dh lama dan rasa cam dah x biasa lah plak..hehehe] aku belek2 tenet td n jumpe article kt bawah ni... so, aku letak la as entry kali ni.. kalau ada masa, baca la yek.. oklah..buka kan hati, lapang kan minda...insyaAllah...

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +



wanita solehah

wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,
keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikkan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak kepada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah,memujuk
rayu,
bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan,
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akh kaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai,
wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,
wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu,
kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,
wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama
salam perjuangan untuk sohabiahku..
wanita solehah,
"wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"



wassalam

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors