myspace



September 13, 2004

Akhlak Muslimah Sejati

Assalamualaikum wbt....

Hari ni juga dijalani oleh insan ini seperti hari2 yang lain..Walau agendanya berbeza,namun suasana tetap sederhana. Seharian di gakkou[college] memenuhi rutin hidup sebagai pelajar, memang lumrahnya memenatkan. Kadangkala terfikir juga oleh insan ini, apa saja yang memenatkan diri ini? Taiiku[pend.jasmani] cuma sekali seminggu,bahkan sehari-hari hanya duduk mendengar alunan suara sensei[lecturer] ..Juga disimbah oleh penghawa dingin yang kadang-kala bisa membuai ku membina angan ku sendiri.. Ermm.. mungkin juga disebabkan menuntut ilmu juga adalah cabangan jihad dan lumrah dlm berjihad.. Penuh kesukaran,penuh dgn halangan dan dugaan.. Menuntut pengorbanan dari sebesar-besar nyawa,sehingga lah sekecil-kecil usaha.. Memetik kata-kata dr blog seorg sahabat 'Perjuangan tidak dihampar dgn karpet merah'.. Sememangnya kebenaran kata-kata itu x dpt disangkal.. Setiap jihad yang dilakukan adalah dgn kerelaan sendiri.. Setiap mujahid dan mujahidah hanya akan dihampari dgn karpet merah tatkala jihad mereka berjaya disempurnakan atau pun mereka berjaya menyempurnakan diri mereka sbg seorg syuhada'.. Nah, tat kala itu Allah swt telah menjanji kan ganjaran melampaui apa yg terupaya minda kita bayangkan..
Mampukah insan ini untuk memiliki keistimewaan itu.. Hanya doa sebagai penghubung dalam menyatakan hasrat hati kepada Yang Esa.. Masih kerdil diri ini untuk berdampingan dgn-Nya... Masih berlumpur hati ini untuk mencintai-Nya.. Semoga masih ada ruang untuk insan ini disisi-Nya..
Berbalik kepada perkhabaran gakkou , kepada sahabat-sahabat yang sedang berperang di medan Exam, selamat menjawab dengan tenang.. Igt pada-Nya sentiasa, insyaAllah... DIA xkan melupakan kita.. Insan ini hanya akan melangkah ke medan exam pada 24hb nnt..insyaAllah.. Doakan kemudahan dan ketenangan buat insan ini..Ameenn.. Dalam menjalani aktiviti seharian, hiasilah diri kita dgn akhlak muslimah/muslimin yang sejati... Bukakan hati, lapangkan minda..InsyaAllah..


+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +





AKHLAK MUSLIMAH SEJATI

Akhlak mulia merupakan asas kepada keperibadianb yang baik.seandainya kit amemiliki sifat dan akhlak yang baik seluruh hidup kita akan di lalui dengan kehidupan yang lebih baik dan utma..tetapi jika sebaliknya kit akan hilang segala-galanya.

Ketika Rasulullah s.a.w menerangkan kemuliaan akhlak ,maka baginda bersabda:

Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya.
(h.bukhari)

Akhlak yang mulia akan dapat di laksanakan dalam kehidupan sehari-hari dengan cara latihan dan membiasakan diri untuk melakukan perbuatan yang terpuji.Dengan cara demikian insyaAllah seseoreang itu akan mempunyai keperibadian yang tinggi.
Antara akhlak yang telah di contohkan oleh Rasululullah s.a.w ialah:-

1.Mempunyai sifat sabar.

Hendaklah bersabar dalam apa jua masalah hidup yang dihadapi.Mengingati Allah dan percaya bahawa setiap musibah itu ada hikmah yang tersembunyi.Sabar terhadap masalah dengan menganggap masalah yang di hadapi itu masih kecil berbanding dengan masalah lain yang lebih besar.Kesabaran membuktikan diri kita mampu menerima takdir dan ketentuan dari Allah.

2.Memaafkan orang lain

Senang memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan terhadap kita.menjauhkan perkataan dan perbuatan yang tidak sopan merupakan akhlak yang terpuji.Tidak membalas keburukan orang dengan keburukan malah membalasnya dengan kebaikan.

3.Mempunyai sifat malu dan harga diri

Sifat pemalu sebahagian daripada iman.Seoreang wanita yangtidak mempunyai sifat malu di alebih mudah untuk melakukan perbuatan yang di tegah oleh Allah daripad melakukan perbuatan yang di suruh.Tanamkan di dalam hati itu rasa malu terhadap Allah,kerana dengan perasaan itu kita akan merasa takutr untuk melakukan perbuatan yang di larang.Memiliki sikap malu itu mendatangkan kebaikan kepada muslimah kerana ia kaan sentiasa menjaga perkataannya,memakai pakaian yang menutup auratnya,dan menjaga budi pekerti dikhalayak ramai kerana malu ini bukan sahaja kepada Allah malah kepada ibubapa,suami,keluarga serta orang ramai.sifat malu akan menjaga diri daripad terlalu bebas dalam bertindak dan berkata-kata.

4.Menjadi seorang yang pemurah

seorang muslimah hendaklah me,punyai sifat pemurah hati,agar diriny amenjadi seorang yang berbudi luhur.I boleh bersedekah dengan memnggunakan harta suaminy asetelah memint akebenaran terlebih dahulu.Sebaiknya jauhilah daripada sifat bakhil dan kedekut,keran sifat ini akan merugikan diri kita sendiri.

5.Lebih mengutamakan lain.

Mengutamakan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah sifat yang mulia asalkan kita tidak megabaikan keperluan asa untuk diri kita.Keperluan orang lain perlu di bantu seperti keperluan ayah ,ibu .suami dan anak-anak.Semuanya itu merupakan ibadah kita terhadap Allah s.w.t.

6.Berbicara hanya yang baik

Lebih baik berdiam diri daripada berbicara perkara yang tidak baik,jauhkan mengumpat teman-teman memfitnah,menceritakan aib sahabat ataupun suami,bertengkar dan lain –lain sebaliknya selalulah berzikir,beristighfar dan berbincang perkara yang bermanfaat kerana ianya mendamaikan jiwa kita sebagai seorang muslimah sejati.sebaliknya melakukan kebiasaan buruk menjadikan hati kita semakin hari semakin keras.

7.Berlaku adil dengan diri sendiri.

Keadilan merupakan ciri keperibadian Islam yang sebenar.ia membawa kepad hidup yang tenang dam damai .setiap muslimah harus berlaku adil untuk diri sebndiri dan orang lain.Berlaku adil atas semau keperluan hidup,janagn terlalu membazir dengan perhiasan yang mahal-mahal sehinggakan terabai keperluan anak-anak,suami dan jiran tetangga.


Wassalam....

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors