myspace



September 04, 2004

Jihad seorang Wanita [bhgn 1]

Assalamualaikum wbt...

Ermm..ari ni demam..dapat cuti sehari..hehehe.. ermm, mungkin sbb cuaca yang asyik berubah2 je kot.. tapi xpelah, sakit tu dugaan dari-Nya. hehehe..Doakan aku cepat sembuh yek.. As a result, aku memerapkan diri jer kt bilik ni. ryoubosan[warden]aku asyik ulang alik jer bilik aku ni. Rasa cam mak sendri plak..hehehe.. adalah gak tempat bermanja bila sakit.. hehehe.. mcm2 mknn aku dapat dari dia. Dah tu siap offer nak belikan buah plak tu.. xpelah.. mknn yg dia bg tu pun berlambak-lambak lagi aku x mkn... pape pun.. thanks alot.. Alhamdulillah Allah still bg aku kemudahan walau di tempat yg xde org seagama sgt ni.. DIA bg kemudahan pada aku walau org bukan islam jadi perantaraan nya.. Rasulullah saw pun dapatbantuan dari org bukan islam masa nak masuk madinah , kan..

Ermm..saikin[lately] ni, citer tentang wanita dalam masyarakat makin diambil perhatian... Peranan setiap wanita dalam islam pun turut dihebahkan.. Bukan apa, just nak bg kesedaran pada setiap wanita bahawa mereka juga punyai peranan yang x kurang besarnya dalam membantu menegak kan Islam. Walaupun kita xdisarankan utk keluar dan berjuang 'dibarisan hadapan' n besar-besaran, kita tetap punya peranan yang tersendiri. Jihad seorang wanita ni dalam kelembutan dan ketenangan. Wanita umpama 'barisan belakang' , kayu penyokong atau pun sayap pada kaum lelaki. Wanita umpama pelengkap bagi kaum Adam dalam byk hal. Tanpa wanita, kaum lelaki umpama pahlawan yang hanya punya tenaga untuk pergi bertempur, tapi x punya senjata dan perisai pertahanan. Allah swt menjadi kan wanita dan lelaki untuk saling lengkap-melengkapi.

Ermm... nak tulis sendri byk-byk pun aku bukannyer ahli sgt. Sekadar utk saling ingat memperingati.Betapa besarnya pengaruh kita sbg wanita pada lelaki. Wanita mampu menarik 3 org saudaranya utk masuk ke neraka. Sanggup ker kita sbg wanita tgk lelaki-lelaki yang kita sayang masuk neraka semata-mata kerana kesilapan kita?!! Renungkanlah.. Namun jika kita sentiasa menjaga adab dan tingkah laku kita,insyaAllah bukan cuma kita, bahkan ramai yang insyaallah, dapat berkat dari kebajikan dan kebaikan yang kita buat. Contohnya, sbg seorang anak, kita akan menyenangkan hidup ibubapa kita..sebagai seorang saudara, kita menyenangkan saudara kita yang lain... sebagai seorang isteri, kita menyenangkan suami... sebagai seorang ibu, kita menyenangkan anak-anak.. dan paling penting, sebagai muslimat islam, kita menyenangkan umat islam yang lain..

Best kan dgr dapat senangkan ramai org.. Tapi aku tau, ucapan itu senang bila dilafaz kan tapi susah untuk dilaksanakan... Tapi yang pape pun kita berusahalah untuk mencapai keredhaan dari-Nya. Effort tu penting!![ayat biasa aku ngan kawan-kawan... hehehehe]. Allah berjanji akan tolong setiap orang yang berniat kearah kebaikan dgn syarat, dia kena tolong diri sendiri dulu.. InsyaAllah.. Jadikan setiap yang kita lakukan tu dgn niat.. lillahi ta'ala.. nak tidoq ke, nak masak ke, nak keluar ke, nak belajar ke, nak ape2 je lah.. InsyaAllah Allah akan pelihara kita dari maksiat dan kesusahan...

Ermm .... kt bawah ni aku ada letak sumthing tentang JIHAD SEORANG WANITA.. bacalah yek.. buka kan hati ... lapangkan minda..insyaAllah..

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +


Jihad seorang Wanita

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Wassalam...

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors