myspace



September 09, 2004

Jihad Seorang Wanita [Bhgn Akhir]

Assalamualaikum wbt...

Ermm..Dah lama x menggerak jari melakar kata di kancah blog ni.. Bukan sengaja melarikan diri dari penulisan disini..sekadar kesempitan ruang masa dek tugas harian sebagai pelajar dan hamba-Nya..Sungguh.. Diari diri ini di sesakkan oleh buah tangan dari tenaga pengajar yang x pernah kedekut utk menyedekah kan tugasan buat kami saban waktu.. membuatkan insan ini adakalanya mengeluh pada ujian Allah.. Astaghfirullah.. Sedarlah tugasmu wahai diri!! Dimana letak duduk pendirian mu .. Dimana jihad yang dikejar oleh mu?

Ya Allah , kumohon keampunan dari -Mu atas kelalaian diri ini.Lantaran mengundang si Iblis durjana menghasut jiwa.. Berikan lah kekuatan buat insan ini dalam jihad ilmu.. Agar dapat ku perturunkan pabila tiba masanya nanti.. _Perjelaskanlah jalan buatku, jalan yang telah Engkau tunjukkan kepada orang mukmin yang terdahulu..Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pengampun,Maha Mengetahui segala yang jepas dan yang tersirat,Maha pemberi rahmat pada sesiapa yang Engkau kehendaki.. Hanya pada-Mu ku pohon bantuan dan petunjuk Ya Allah..Ameen...

Lantaran kesempitan ruang dalam diari harian membuatkan insan ini mengunci kata-kata buat bicara di laman ini.. Walau acapkali terpanggil untuk mencoret seulas dua kata.. Tapi sering dipujuk dek saudara hati .. dada laporan belum di perlengkap lagi, mukanya belum disolek lagi.. lantas surut kembali hasrat yang meluap-luap.. Namun Alhamdulillah.. di saat ini telah dikuak sedikit ruang untuk bermanja dengan laman tersayang ini.. Bagai terubat rindu tatkala menatap kebiruan wajahnya..mendengan alunan suara Qari nya.. Walau sering menjenguk sekadar melepas lelah ,tanpa buah tangan utk dicoret saban kunjung itu tak membawa erti..

Laman ini memberi banyak pengertian buat insan ini.. Bukan sekadar pelepas rasa,pengurai resah... ia juga penyimpul persahabatan fillah.. dari segenap ceruk dunia ini.. Ia juga perkongsian ilmu yang diperoleh agar manfaatnya dikecapi bersama.. InsyaAllah.. Semoga ikhwat dan ukhwati senantiasa peroleh sesuatu yang bermanfaat dari laman ni..insyaAllah..
Dan pohonan maaf juga atas kelewatan kesinambungan posting yang terdahulu.. Salam ukhuwwah fillah.. bukakan hati, lapangkan minda..InsyaAllah...

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Bagaimanakah pendirian kita terhadap jihad wanita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.

Firman Allah: "Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita


1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.
2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.
3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.
6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.


Wassalam


"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors