myspace



September 23, 2004

secebis coretan buat renungan...



Assalamualaikum wbt...







Saikin[lately] jadual harian insan ni,sentiasa terisi penuh dengan assignment , kadai[homework] dan sessi2 mentelaah buku-buku.. dari buku-buku pelajaran,sehinggalah buku-buku pengetahuan am yang lain.. kadangkala hanya sempat bermanja dgn bantal untuk sejam @ dua [sahaja??] .mata pun sudah mengerti bahawa tiada lagi masa untuknya dimanjakan..seperti sudah sedia untuk berkhidmat 24jam utk tuannya ini.. :)

Ermm..exam soro-soro[sooner] nak mula.. So,skang ni,bila buat keje lain ke,mkn ke, shopping ke,asyik teringat nak study je.. Masa tu berkobar-kobar semangat ni..Tapi,bila dah buka je buku, mula la mata jadi berat la[nampak je cam sedia berkhidmat rupanya :)]kepala jadi tepu la..Ermm mmg kuat btul godaan iblis ni..xde keje lain depa ni,asyik nak kacau anak-anak Adam je..Tapi dah memang tu sumpahnya depan Allah swt yang berbunyi:

"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (anak-anak adam dari menjalani) jalanMu yang lurus;Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."[al-A'raaf:16-17]

Tapi camnerpun kena study gak..kena try rikai [fahamkan]apa yang dah blajar...Kalau x sia-sia je blajar bagai nak rak sblm ni kan..kena buang jugak sumer sifat mazmummah yang melanda dan al-futur yg berleluasa ni.. Saper yang nak tolong kiter kalau x diri sendri kan.. macam firman Allah swt yang bermaksud :

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... "[ar-Ra'd:11]

Maksud ayat tu disini [lebihkurang ikut kefahaman insan ni je] , Bukan kiter kena lepaskan terus pergantungan kita pada Allah swt.. Sebaliknya DIA suruh kita berusaha dulu, jangan jadi malas..asyik nak tunggu bulan jatuh ke riba je..Sebabnya,malas tukan salah satu sifat yang iblis suka..kita kenalah berusaha dulu apa yang terdaya dan kemudian bertawakkal dan berdoa lah kepada-Nya..Bertawakkal dan berdoa ni, bukan setakat mengharapkan apa yang kita usahakan atau inginkan tu termakbul je, tapi juga kita mohon supaya kita tak terlampau kecewa bila apa yang kita harapkan tu x tercapai.. supaya kita kuat menghadapi setiap qada dan qadar-Nya...

Haa..disinilah kita nampak perbezaan antara orang yang beragama dan tidak beragama.Kalau seseorang tu tak beragama,bila kecewa ke sedih ker, frust ker broken heart ke[chewah] mula la buat benda2 benda yang tah apa-apa,benda yang takde kesedaran civics langsung [hehe..].. Ada yang bunuh diri lah, bunuh orang lah , pi mengamuk la[tunjuk perasan la tu kononnyer] .. ish3.. tah pape kan?..tapi tu lah kenyataan nya.. Tapi sebaliknya jika seseorang tu beragama,dia sedar bahawa setiap sesuatu tu adalah ujian atau dugaan ataupun pemberian dari-Nya.Allah swt pernah berfirman yang bermaksud:

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [al-Baqarah:216]

Sebagai contoh, kita berdoa supaya kita jadi jutawan ke hartawan ke ataupun jadi pandai ke genius ke..tapi tak termakbul pun apa yang kita harapkan tu.Mesti kita rasa frust je kan.. Tapi setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmah yang tersendiri.. Saper tau kalau kiter kaya raya,jadi jutawan, kita akan jadi egodan bermegah-megah dgn harta yang kita ada.. Kat sini kita dah jadi kufur harta.. dan kita juga dah kehilangan sesuatu yang berharga iaitu... IMAN yang hanya dapat di pupuk dgn kerendahan diri dan kesederhanaan dalam hidup.. Begitu juga kalau kita jadi pandai atau genius..Mana tau bila ilmu penuh di dada dan boleh di gelar kamus bergerak[walking dictionary].. kita nak tunjuk hebat pi lawan ulama' dah tu pandai-pandai nak tukar, ubah atau merukhsah sendiri hukum agama yang dah ditetapkan ikut kepala sendiri.. konon nyer x sesuai dan out dated.. na'uzubillah min zalik..tulah sebabnya Allah swt bagi /kurniakan sesuatu tu pada sesiapa yang di kehendaki-Nya je...

Tapi walau camner pun kita kenalah berusaha dulu kan.. macam kata pepatah "berakit-rakit kehulu- berenang-renang kemudian , bersakit-sakit dahulu bersenang-sengan kemudian"..Whatever it is, EFFORT tu penting!![bagi semangat kt diri sendiri..hehe].. oklah sampai sini je posting kali ni..hari ni maaflah, xsempat nak titipkan sesuatu dari internet buat sahabat semua.. sekadar coretan sendiri buat renungan bersama..insyaAllah..

24hb~30hb Sept ni diisyitiharkan masa darurat untuk insan ni..hehe.. medan exam bakal digempur.. pedang pena bakal dihunus.. perisai ilmu bakal diuji.. doakan insan ni yek...ameenn..

Wallahualam bishshahab

wassalam...


"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors