myspace



October 23, 2004

Salam Ramadhan



Assalamualaikum wbt...






Lama sungguh rasanya x berbicara disini.. Barangkali semua sudah lazim dengan kesibukan yang ku alami.. Malah mungkin ada yang mengalami kesibukan yang sama atau mungkin lebih.. Terkadang mungkin tak seharusnya insan ini sering menggunakan kesibukan sebagai alasan untuk menangguhkan semua perkara.. Ingin sekali menyusun masa agar ia lebih teratur dan kesibukan itu dpt dikurangkan.. Tapi insan ini sekadar merancang..

Lantas ,dek kerana sentiasa berkejaran dgn tiap detik masa membuatkan insan ini,tidak betah untuk duduk melakar kata di ruang ini.. Masa senggang yang sedikit terisi dgn aktiviti merehatkan minda dan memberi zat pada jiwa.. Sesungguhnya insan ini amat bersyukur kerana dikurniaankan sahabat2 yang saban waktu berjuang untuk memastikan islam x luput dan tak malap di hati sahabat2 yang lain... Alhamdullilah.. Semoga kita terus istiqamah..InsyaAllah

Sedar tak sedar rupanya telah hampir 9 hari kita berpuasa.. Alangkah pantas tiap saat itu berlalu, serasa seakan baru semalam semua berdebar menanti ketibaan bulan yang penuh barakah ini.. tahun ini, seperti 2 tahun sebelum ini, Ramadhan disambut oleh insan ini bersendirian.. Dicelah-celah kesibukan dan kesihatan yang kurang memuaskan akhir-akhir ini, membuatkan insan ini lali dengan kesunyian yang pada 2thn sebelum ini sering menghambat minda..

Buat sahabat2 yang sering memberi semangat.. sesungguhnya dorongan kalian itu memberi makna kepada insan ini.. Semoga ukhuwwah yg dipanjangkan memperolehi keberkatan dari-Nya. insyaAllah... Doakan insan ini sentiasa tabah dan tenang dalam setiap mehnah yang di hadapi.. ameenn..


Wassalam...


"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors