myspace



January 25, 2005

.::BuAt PuTeRi - PuteRi IslAm::.

Assalamualaikum wrt,

Maaf sebab dah lama tak update blog ni. Sebenarnya kekeringan idea ditambah pula dengan keadaan masa yang kurang mengizinkan.. Tapi disebabkan ramai yang bertanya kenapa blog ni seakan terbiar tidak bertuan, Alhamdulillah kali ni diberi sedikit kelapangan oleh-Nya untuk update blog ni walau sekadar posting yang di ambil dari forwarded seorg sahabat.. Hayati lah isinya semoga menjadi manfaat bersama.. insyaAllah..

*******************************************

.::BuAt PuTeRi - PuteRi IslAm::.

(dipetik dr email yg difwd oleh sahabat)

Saudariku...
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati.Renungkanlah isinya,hayati maknanya, aplikasikanlah ilmunya dansematkanlah di kalbumuselamanya. Jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalammeneruskanperjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagaisrikandi yangmempertahankan agama Allah.
Insya-Allah...

Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,
menghiasi taman-taman indah
lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun,
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yangmemagari dirinya.
Umpama mawar,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.
Tapi awas,
duri yang melingkar bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali unutk mendekatinya.

Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiapmujahid.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yangtertutup.
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yangtersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah
.Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernamaAdam.
Namun,
ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu,
lebih-lebih dengan title gadis yang kaumiliki,
Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun ingatlah saudariku...
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akanmemudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu.
Yang penting gadisku...
engkau mesti punya,azam, usaha dan istiqamah...

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.
Seandainya pakaian malumu kamu tanggalkan dari tubuhmu,
maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahawa dirimu :
Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelai selain fitnah yangberpuncadaripada wanita...

Oleh itu saudariku...
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikankepada Al-Qurandan As-Sunnah.
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan Ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunis dengan sentuhan lembuttanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insani,
namun ramai di antara kamu tewas kerana cinta.
Bercinta tidak salah tapi memuja cinta itu salah.
Kerana cinta,
manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad sera keruntuhan akhlak remaja sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W :
Sesungguhnya cinta itu buta
Cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil pabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata.

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak,
apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak danterburai.
Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.
Dalam usia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati org yg melakukan maksiat.

Buat akhirnya,
terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama :
"Cintakan menusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa.Oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"

ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWNANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.

Wallahu A'lam...

Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukanperjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukankeyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akanmenentukankebahagiaan.

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cute laa suare dak nih...nak download kat ner yerks...

11:47 PM  

Post a Comment

<< Home


Cursors