myspace



October 21, 2005

Antara isteri dan ibu bapa, mana satu yang perlu diutamakan?

[forwarded seorang sahabat]

Perkahwinan pada dasarnya, tidak memisahkan hubungan anak-anak dengan keluarga masing-masing.Bagi seorang isteri, suaminya adalah lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan kedua ibu bapanya sendiri. Manakala bagi seorang anak lelaki, ibu bapa tetap lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan isterinya sendiri.

Kewajipan seorang anak lelaki dalam mentaati orang tuanya telah dijelaskan dalam sirah Rasulullah yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama Al-Khomah .Menangislah ibunya. Ibunya dengan penuh rasa kasih sayang telah mengampunkan segala dosa Al-Khomah. Sejurus selepas itu, barulah Al-Khomah dapat mengucap Syahadah dan menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kisah ini, Rasulullah telah berpesan, " Siapa yang mengutamakan isteri dari ibunya, maka ia akan terkena laknat Allah dan tidak diterima ibadat fardhu atau sunatnya."

Ingatlah kembali bagaimana payahnya seorang ibu menahan kesakitan dan kepenatan mengandungkan si anak apatah lagi selepas melahirkannya, mata yang disengkang menahan rasa mengantuk semata-mata melayan karenah si anak yang pelbagai. Kesabaran si ibu menyediakan keperluan si anak dan si ibu menggadaikan nyawa melahirkannya. Kesimpulan dari itu, tindakan yang saudara ambil adalah tidak menepati syariat Islam. Keperluan ibu bapa hendaklah dipenuhi terlebih dahulu sebelum saudara memenuhi tuntutan orang lain.

Jika anda seorang isteri, pesankan pada suami anda supaya sentiasa mentaati dan melebihkan ibubapanya daripada anda sendiri. Payah tapi inilah hakikat hukum. Seorang isteri yang salehah akan selalu mengingatkan suaminya tentang tanggungjawap suami terhadap ibubapanya sendiri. Anda tidak harus marah jika suami anda lebih mengutamakan ibubapanya terutama ibunya lebih daripada anda sendiri, kerana syurga suami anda terletak pada ibunya, anda pada suami anda. Jika suami anda derhaka atau melepaskan tanggungjawapnya terhadap ibubapanya sendiri, maka tiada lah syurga bagi suami anda & tiadalah syurga bagi anda.

Wallahu'alam...

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors