myspace



October 11, 2005

Kempen kutipan derma untuk mangsa gempa bumi Pakistan..

Assalamualaikum

Bismillahi wal hamdulillah

Ramadhan kali ini disambut dengan satu ujian besar oleh sahabat seislam kita di bumi Pakistan.Diduga dengan bala gempa bumi yang kuat, jumlah korban maut semakin hari semakin meningkat.

Bersempena dengan rahmat Allah di bulan Ramadhan ini, pihak IPIJ melancarkan kempen menderma bertujuan membantu saudara-saudara kita di Pakistan.Tabung kebajikan derma kilat ini dilancarkan melalui Biro Perhubungan dan Kebajikan IPIJ dan akan disalurkan kepada Islamic Central Japan dan secara langsung kepada mangsa musibah bencana alam ini.

Semua derma ikhlas dari saudara saudari bolehlah disalurkan kepada:

Akaun Yuubin Biro Perhubungan dan Kebajikan
記号: 16240
番号: 14346921

Semoga derma ikhlas dari saudara saudari sekalian diberi ganjaran selayaknya oleh Allah yang maha Pemurah

Wallahu Alam

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim; dari Ibn Abbas r.a berkata: " Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan dalam bulam Ramadhan, saat beliau ditemui Jibrail utuk membacakan kepadanya Al-Quran.Jibrail menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Quran, Rasululallah SAW ketika ditemui Jibrail lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus."

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Glam.com Launches First Fashion Blog Network
Glam.com announced Oct. 5 that it will offer the first fashion blog network. The network will include fashion blogs focusing on a variety of topics including clothing, accessories, trends, insider information, ...
Find out how you can buy and sell anything, like things related to private road construction on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like private road construction!

12:15 PM  

Post a Comment

<< Home


Cursors