myspace



November 20, 2005

MENCARI QUDWAH HASANAH

Kejayaan manusia juga dapat dikaji melalui sejarah. Terdapat banyak figure-figure istimewa yang dapat dijadikan contoh tauladan dalam perjalanan mengecapi kebahagiaan hidup ini. Sudah pasti bagi seorang muslim contoh taudalan yang paling baik bagi mereka adalah para Nabi dan Rasul yang dapat dipetik melalui perjalanan sirah mereka.

Seringkali para remaja yang sedang mencari identity diri, tersasar dalam menentukan siapakah figure yang sesuai untuk dicontohi. Kita dapat lihat hari ini, ramai dikalangan remaja yang membabi buta meniru gaya-gaya sesat yang semakin hari semakin menular masuk ke pemikiran mereka. Apabila ditanya mengapa cara begitu yang dipilih, mereka tiada jawapan yang konkrit untuk membenarkan apa yang mereka lakukan. Kebanyakannya atau kesemuanya adalah hasil dari pemikiran, ingin suka-suka, ingin glamour, ikut-ikut kawan dan sebagainya. Mereka mengenepikan langsung peribadi agung junjungan Nabi Muhammad SAW. Mereka lebih mengenali figur2 sesat berbandingan nabi junjungan mereka sendiri.

Amat penting bagi kita untuk berhati-hati dalam mencari figure untuk dijadikan role-model. Beberapa aspek perlu diperhatikan sebelum seseorang itu di jadikan sebagai figure:
a. Perikehidupannya
b. Keperibadiannya
c. Prinsip hidup dan akidahnya (ideologinya)
d. Rentas masa yang dilaluinya
e. Persamaan dan penyesuaian antara masa hidup lingkungan masa hidupnya dan masa hidup anda.
f. Mengetahui jalan hidupnya sehingga bertemu dengan kejayaannya.

Tidak semestinya hanya seorang sahaja figure yang dipilih untuk menjadi role model bagi anda. Sekiranya anda memiliki role model yang ramai untuk dijadikan contoh tauladan, itu adalah lebih baik. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawasanya anda tidak akan mampu menjadi orang lain. Anda haruslah sedar, bahawa anda adalah anda. Identiti diri perlu dibentuk. Meskipun begitu, anda boleh mencedok sesuatu daripada individu yang anda jadikan sebagai role model.

Realitinya, tidak ada seorang pun di dalam dunia ini yang sempurna, walaupun dia dikategorikan sebagai seorang yang berjaya. Apa yang anda boleh lakukan adalah menghampiri kesempurnaan. Ini boleh dilakukan oleh semua orang dengan menncedok sesuatu kebaikan daripada orang-orang yang dijadikan sebagai role model itu tadi. Kebaikan-kebaikan yang anda cedok tadi, anda satukan dan adunlah ke dalam diri anda supaya anda dapat menghampiri kesempurnaan yang diinginkan. Oleh itu, pilihlah individu-individu yang benar, supaya adunan yang anda lakukan adalah adunan yang indah dan menghampiri cirri-ciri kesempurnaan.

Perkara yang perlu diberikan perhatian di sini ialah:-
a. Usaha yang paling utama ialah mencari figur-figur yang dapat diteladani
b. Para Nabi dan Rasul adalah figure yang paling utama untuk dicontohi
3. hendaklah menjauhi sikap membabi buta semasa meniru atau mencontohi figure-figur yang dipilih. "Anda harus menjadi diri anda sendiri". Buatlah pertimbangan yang sewajarnya tentang apa yang ingin anda teladani.

Wallahu'alam..

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors